Petugas kesihatan membantu orang awam yang disyaki positif Covid-19 untuk melakukan penilaian tahap kesihatan mereka ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) Daerah Hulu Langat, Bandar Mahkota Cheras, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 27 JULAI 2021. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Bilangan kes positif baharu Covid-19 mencatatkan pertambahan dengan 16,117 kes dilaporkan hari ini.

Pertambahan lebih 16,000 kes hari ini menjadikan jumlah positif Covid-19 yang dilaporkan di Malaysia sebanyak 1,044,071 kes.

Selangor kekal menjadi negeri terbanyak merekodkan kes baharu dengan 6,616 diikuti Kedah 1,000 kes.

Perlis masih menunjukkan jumlah kes positif Covid-19 di bawah 10 kes sehari dengan hari ini hanya dua kes direkodkan sama seperti semalam.

Berikut pecahan setiap negeri yang dikongsi pada hantaran Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini.

Selangor – 6,616 (380,593)
WPKL – 2,457 (113,933)
Johor – 907 (86,614)
Sabah – 741 (80,931)
Sarawak – 405 (74,747)
Negeri Sembilan – 669 (67,736)
Pulau Pinang – 618 (43,117)
Kedah – 1,000 (40,637)
Kelantan – 592 (40,611)
Perak – 583 (35,092)
Melaka – 674 (29,141)
Pahang – 403 (22,176)
Terengganu – 317 (14,880)
WP Labuan – 11 (9,618)
WP Putrajaya – 122 (3,583)
Perlis – 2 (662)

– MalaysiaGazette

3 Komen

  1. Terok betul kerajaan Selangor, mereka tiada melakukan apa2 kah? Adun2 celaka Pakatan Tiada Harapan mereka cuma makan gaji buta ke?

  2. Selangor punya pasal, KAMI rakyat Perlis yang kehilangan pekerjaan? ADUN Selagor DFCK tak buat apa2 ke? Cuma makan GAJI BUTA sahaja? CELAKA BETUL!!!!

  3. SELANGOR EPICENTER PENYEBARAN coronavirus dinegara ini? Negeri dari dahulu lagi nampaknya TIDAK BERBUAT apa2 pun TINDAKAN yang betul?

Comments are closed.