Michael Ang dan Rita Rudaini.

KUALA LUMPUR – Pelakon popular, Rita Rudaini menempelak sikap pengarah filem. Michael Ang yang gemar mengulas setiap isu terkini dalam dunia seni hiburan.

Menerusi hantaran yang dibuat di Insta Story, Rita turut memuat naik kenyataan yang dibuat oleh pengarah berkenaan.

“Semua isu hang nak masuk… semua isu hang nak cakap. Hang dah cukup sempurna ka Mikel (Michael)?

“Hang ni suka menghasut umat Islam, rakan industri dan sesama artis bertelagah,” tulisnya.

Sebelum ini, Michael memuat naik kenyataan berkenaan bimbo yang seperti ditujukan kepada pelakon Lana Nodin.

Ia berhubung kenyataan Lana sebelum ini yang mahu Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah meletakkan jawatan.

Pada masa sama, Rita turut menyatakan tentang perangai Michael yang tidak berubah biarpun setelah memeluk agama Islam.

“Hang ni ada masalah mental or kemurungan kah? Letak je nama terus nyah… perangai hang ni tak berubah ye sampai hang masuk Islam.

“Hang jangan ingat hang selalu di atas ya… hang ingat doa-doa orang yang hang nganjingkan. Hang nak tau Allah tu Maha Kaya. InsyaAllah,” ujarnya. – MalaysiaGazette