resignation resign Speaker of Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun. Perikatan Nasional PN majority support Muhyiddin face mask MP Members of Parliament MPs
Azhar Azizan Harun

KUALA LUMPUR – Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun hari ini mengesahkan menerima surat permohonan daripada Ahli Parlimen Gua Musang, Tan Sri Tengku Razaleigh Tengku Mohd Hamzah untuk menukar tempat duduk di dalam Dewan Rakyat.

Azhar  menghormati keputusan Tengku Razaleigh itu dan tindakan menukar tempat duduk ke tempat blok bebas akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

“Saya telah menerima surat maklum Ahli Parlimen Gua Musang, Yang Berhormat Mulia Tan Sri Tengku Razaleigh Tengku Mohd Hamzah bertarikh 26 Julai 2021 pada hari ini mengenai permohonan beliau untuk menukar tempat duduk duduk sedia ada di Dewan Rakyat ke tempat baru dengan blok bebas.

“Selaku Yang di-Pertua Dewan Rakyat saya mengambil maklum keputusan Ahli Parlimen Gua Musang dan telah mengarahkan Setiausaha Dewan Rakyat mengambil tindakan sewajarnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu Ahli Parlimen Gua Musang itu memohon agar tempat duduk beliau dalam Dewan Rakyat diletakkan berhampiran blok Bebas.

Dalam satu surat bertarikh 26 Julai kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tengku Razaleigh atau Ku Li memberi alasan memohon pertukaran tempat duduk kerana beliau tidak menyokong kerajaan sekarang ini. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Ku Li mohon pindah tempat duduk berhampiran blok bebas

1 Komen

Comments are closed.