Azizah Mohd Dun

KUALA LUMPUR – Kerajaan disaran supaya melaksanakan penerangan yang jelas terhadap usaha menggalakkan vaksinasi Covid-19, khususnya di luar bandar dan kawasan pedalaman.

Ahli Parlimen (Bersatu-Beufort), Datuk Azizah Mohd Dun berkata, ia perlu dilakukan ekoran masih terdapat golongan antivaksin yang masih membawa agenda palsu mempengaruhi orang ramai sehingga mampu menyebabkan program vaksinasi negara terjejas.

“Saya dapat maklumat ada mereka yang sudah dapat dos pertama namun, tak mahu ambil dos kedua disebabkan mengandung.

“Dengan itu, saya ingin pihak berkenaan berikan penerangan jelas supaya rakyat tidak takut vaksinasi ini.

“Usaha ini perlu agar usaha mevaksinasi seramai mungkin dapat dicapai. Saya faham banyak maklumat-maklumat (anti vaksin) iini disebar luas dan usaha kita untuk menangkis usaha ini mestilah dilaksanakan secepat mungkin supaya usaha yang kita lakukan mencapai kejayaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi perbahasan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) di Dewan Rakyat, hari ini.

Dalam pada itu, Azizah mengharapkan agar kadar bekalan vaksin di Sabah khususnya di Beufort dapat dipertingkatkan.

Ini kerana katanya, kes Covid-19 di negeri itu masih tinggi di samping mahukan kemudahan vaksinasi bergerak dapat diperluaskan khususnya di kawasan pedalaman. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast