Sardar Azmoun.

KUALA LUMPUR – Pemain bintang skuad kebangsaan Iran, Sardar Azmoun semakin hampir untuk berhijah ke saingan Bundesliga dengan menyertai Bayer Leverkusen.

Wartawan TUTTO Mercato, Andrea Losapio melaporkan, Leverkusen menawarkan €18 Juta (RM90 juta) kepada kelab Rusia, Zenit St Petersburg bagi mendapatkan khidmat Azmoun.

Namun, Zenit meminta Leverkusen untuk menambah sebanyak €2 Juta lagi kerana mereka perlu membayar klausa perpindahan kepada kelab lama Azmoun, Rubin Kazan.
Pemain berusia 26 tahun ini mula beraksi bersama Rubin Kazan pada musim 2013 hingga 2016.
Azmoun juga pernah dipinjamkan ke FC Rostov sebelum dijual kepada Zenit pada musim 2019/2020.

Sepanjang beraksi di Rusia, Azmoun telah memenangi saingan liga sebanyak tiga kali, Piala Rusia sebanyak satu kali dan Russian Super Cup sebanyak dua kali. – MalaysiaGazette