Facundo Pellistri.

LONDON – Pemain muda Manchester United, Facundo Pellistri bakal dipinjamkan lagi ke kelab luar negara menjelang musim 21/22 ini.

Menurut laporan Eurosport, pemain berusia 19 tahun ini dijangka berkelana ke Sepanyol untuk satu musim bagi memberikan peluang bermain dan meningkatkan perkembangan kariernya.

Pellistri telah di pinjamkan ke Alaves pada separuh musim lalu dan membantu kelab itu  menamatkan saingan La Liga di kedudukan ke-16.

Baru-baru ini, Pellistri telah mempamerkan aksi cemerlang pada dua perlawanan persahabatan apabila menjaringkan satu gol dan mencipta satu ‘assist’ untuk jaringan Jesse Lingard.

Namun sebelum ini, dia ada memberitahu yang dia mahu kekal berada di United dan bersaing kedudukan dalam kesebelasan utama pasukan.

Namun Solskjaer mendakwa dia sedia menerima tawaran pinjaman bagi Pellistri. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast