Jules Kounde.
LONDON – Tonggak utama pertahanan Sevilla, Jules Kounde dilaporkan bersetuju untuk menyertai Chelsea dengan kontrak selama lima tahun sehingga Jun 2026.
Menurut media, isu yuran perpindahan kini dalam proses perbincangan antara dua kelab itu.
Chelsea mungkin melepaskan bek tengah, Kurt Zouma sebagai tambahan kepada yuran perpindahan bagi mendapatkan pemain berusia 22 tahun tersebut.

Sebelum ini, Manchester United dan Arsenal juga dilaporkan menunjukkan minat untuk mendapatkan Kounde.

Barcelona juga tidak terlepas dalam persaingan untuk mendapatkan Kounde selepas dia mempamerkan aksi berkualiti pada saingan La Liga musim ini.

Kounde yang kini bernilai £56 juta menyertai pasukan antarabangsa Perancis bagi kejohanan Euro 2020 bulan lalu dan beraksi dalam kesebelasan utama. – MalaysiaGazette