Datuk Takiyudin Hassan

KUALA LUMPUR – Dua ahli Parlimen pembangkang hari ini menyerahkan usul kepada Dewan Rakyat untuk membawa Menteri Undang-Undang, Datuk Takiyuddin Hassan Ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan susulan isu pembatan Ordinan Darurat.

Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo (DAP) dan Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin (Amanah) menggesa agar satu keputusan dibuat oleh Dewan Rakyat berhubung perkara itu atau membenarkan supaya perkara itu dibahaskan.

“Merujuk kepada Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan untuk dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan menurut Peraturan Mesyuarat 36 (12).

“Alasan-alasan diberikan disitu adalah susulan apa yang berlaku di dewan dua hari lalu. Saya minta supaya satu keputusan dibuat berkenaan usul ini sama ada atau tidak kita dibenarkan membahaskan usul ini,” katanya.

Perkara itu kemudiannya dijawab oleh Timbalan Yang diPertua Dewan Rakyat bahawa usul berkenaan belum lagi diterima setakat ini.

Gobind kemudiannya bangkit dari tempat duduknya dan memberitahu, beliau mempunyai bukti yang menunjukkan Dewan Rakyat telahpun menerima usul tersebut dan beliau sendiri ada berjumpa dengan Speaker, Datuk Azhar Azizan Harun memaklumkan perkara itu sebelum ini.

Sementara itu, Hanipa telah memfailkan usul tersebut semalam ekoran dakwaannya Takiyuddin telah mengumumkan perkara yang mengelirukan dewan.

Ujarnya, pada kebiasaannya jika sesuatu usul difailkan ia akan ditentukan oleh Speaker untuk dibahas.

Bagaimanapun, jika timbul ketidakpuashatian ia boleh dirayu dalam tempoh 48 hari

“Persoalannya, semasa perbahasan pagi ini, tuan speaker terlibat juga dengan perbahasan itu. Sebagai contoh tuan speaker telah actively involve (terlibat secara aktif) untuk usul ini dibincangkan pada hari Isnin sedangkan isu ini perlu disegerakan.

“Sekarang ini saya nak minta fatwa, adakah wajar, tuan Speaker yang akan mendengar usul saya ini dan saya memohon supaya ada penggantungan pada Aturan 90, agar dewan ini yang menentukan. Buat satu pengundian kita bahas sama ada usul saya diterima atau tidak,” tegasnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast