KUALA LUMPUR – Penceramah lelaki yang tidak memakai pelitup muka ketika menyampai motivasi di Pusat Transit Gelandangan dekat sini dikenakan kompaun RM1,500.

Kompaun itu mengikut Peraturan 17 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) Pelan Pemulihan Negara 2021.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah yang mengesahkan kejadian itu berkata, lelaki itu telah dipanggil bagi memberi keterangan pada jam 5.20 petang tadi.

Lelaki itu dipanggail selepas satu video berdurasi 49 saat tular di media sosial hari ini.

Video itu menunjukkan seorang lelaki tidak memakai pelitup muka memarahi warga emas di pusat berkenaan.

Mohamad Zainal mengingatkan orang ramai supaya mematuhi prosedur operasi standard yang ditetapkan dalam memerangi wabak Covid-19.

Kegagalan berbuat demikian boleh dikenakan tindakan di bawah undang-undang dan peraturan yang masih berkuatkuasa. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Penceramah tu nak sedekahkan wang kepada gelandangan warga emas yang sebaliknya meminta beliau sedekahkan jer wang tersebut kepada Pelan Pemulihan Negara.

Comments are closed.