Rafidah Aziz

KUALA LUMPUR – Pihak yang bertanggungjawab membatalkan Ordinan Darurat dan mengenepikan peranan Yang di-Pertuan Agong perlu dihukum dengan setimpal atau berundur.

Tan Sri Rafidah Aziz berkata, kerajaan secara jelas mengenepikan dan tidak mempedulikan proses-proses demokrasi seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia

“Ini adalah satu perbuatan mengenepikan peranan Yang di-Pertuan Agong dan tidak boleh diterima!,” tambah bekas Menteri Perdagangan Antarabangsan dan Industri.

Beliau membuat kenyataan ini selepas Yang di-Pertuan Agong menzahirkan rasa dukacita dengan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri bahawa kerajaan membatalkan semua Ordinan Darurat berkuat kuasa 21 Julai lalu.

Rafidah berkata, seperti rakyat, beliau sangat kecewa dengan kemelut terkini yang ditimbulkan oleh ‘Kerajaan Pintu Belakang ini’.

Katanya, rakyat masih terperanjat dengan pengumuman bahawa darurat telah dibatalkan seminggu lalu, iaitu pada 21 Julai 2021.

“Sekarang telah diumumkan secara rasmi bahawa Yang di-Pertuan Agong tidak dimaklumkan tentang keputusan untuk membatalkan darurat itu,” ujarnya. – MalaysiaGazette