Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

KUANTAN – Barisan Nasional (BN) Negeri Pahang menuntut agar Kerajaan Pusat mengambil tanggung jawab sepenuhnya atas kekhilafan yang sangat nyata berkaitan pembatalan Ordinan Darurat hingga menzahirkan perasaan amat dukacita Yang di-Pertuan Agong.

Pengerusinya, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, sikap membisu Kerajaan Perikatan Nasional sehingga kini tidak sekali-kali membantu.

”Bak kata pepatah, ‘Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya’.

”Dalam hal ini, yang terlajak bukan setakat tutur kata malah dalam tindakan sehingga mengelirukan rakyat-jelata,” katanya dalam kenyataan di sini.

Artikel berkaitan: UMNO tidak bersengkongkol sembunyikan pembatalan Ordinan Darurat

Pembatalan Ordinan Darurat perlu dibuat mengikut prosedur

Kenyataan Istana Negara cetus kekecohan sidang khas Dewan Rakyat

Umpama ‘Sudah terang lagi bersuluh’, Kerajaan Pusat tiada pilihan yang ada kepadanya kecuali permohonan maaf kepada baginda serta tindak balas sewajarnya yang perlu diambil oleh perdana menteri dan barisan menteri bertanggung jawab mengenainya.

Wan Rosdy berkata, BN Negeri Pahang ditunjangi UMNO, juga berasa teramat sedih dan sangat kesal dengan kejadian ini yang bukan sahaja membelakangi kuasabaginda selaku Ketua Utama Negara, malah prinsip kedaulatan undang-undang sekali pun. – MalaysiaGazette