Ahmad Shabery Cheek

KUALA LUMPUR – Demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan adalah hasil perjuangan parti UMNO sebelum kemerdekaan negara walaupun ketika itu ramai memilih komunisme dan republik.

Oleh itu UMNO tidak boleh buang anak yang dilahirkan.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Ahmad Shabery Cheek yang mengulas perkembangan semasa berkata, Kerajaan Perikatan Nasional tidak mahu Parlimen bersidang, tak mahu demokrasi berfungsi.

Menurutnya, pengisytiharan darurat kononnya untuk menyelesaikan pandemik Covid-19 tapi semakin parah.

Sehinggakan Datuk Seri Azalina Othman Said menulis surat kepada Peguam Negara fasal pemandulan Parlimen dan mesti dibenarkan berfungsi kembali.

Biro Politik UMNO pula meletakan syarat mesti bersidang dalam tempoh 14 hari, sewaktu mereka mencari alasan  melengahkannya.

Jelas beliau, tindakan UMNO itu paling berkesan.

”Kalau UMNO memilih untuk tidak memimpin, sampai bila pun UMNO akan dipimpin tangannya oleh orang lain,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Pemimpn yang ada kes-kes mahkamah sepatutnya berundur atau bercuti, barulah menjadi contoh memimpin manjadi tauladan.

Comments are closed.