Jangkitan baharu Covid-19 bertambah lagi  hari ini dengan 26,534 kes dilaporkan.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 28 lagi kluster baharu Covid-19 dikesan hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Menurutnya, sebanyak 13 daripadanya membabitkan tempat kerja sementara 12 lagi berkait kluster komuniti sementara masing-masing satu dikesan dalam kumpulan berisiko tinggi, aktiviti keagamaan dan pusat tahanan.

Kluster tersebut dikesan di Selangor, Johor, Kuala Lumpur, Kedah, Perak, Kelantan, Sabah dan Sarawak.

Perincian 28 kluster baharu yang dikenal pasti pada hari ini adalah seperti berikut.

– Kluster Industri Jasmine Dua Bukit Beruntung ( Hulu Selangor ) dengan 42 kes
– Kluster Industri Hulu Tinggi ( Petaling) dengan 52 kes
– Kluster Industri Jalan Perak ( Kuala Langat, Klang, dan Kuala Selangor ) dengan 57 kes
– Kluster Tapak Bina Persiaran Aman ( Kuala Langat ) dengan 42 kes
– Kluster Tapak Bina Setia Marina ( Sepang ) dengan 11 kes
– Kluster Bawal Tambak ( Klang ) dengan 79 kes
– Kluster Industri Jalan Bekok-Paloh ( Segamat ) dengan 36 kes
– Kluster Tapak Bina Jalan Kangkar Tebrau ( Johor Bahru ) dengan 26 kes
– Kluster Jalan Rami Lima ( Muar ) dengan 31 kes
– Kluster Jalan Desa Bahagia ( Lembah Pantai ) dengan 39 kes
– Kluster Tapak Bina Jalan Kuang Bertam ( Kepong ) dengan 11 kes
– Kluster Dah Perdana Industri Kulim ( Kulim dan Baling ) dengan 36 kes
– Kluster Jalan Besar Tapah ( Batang Padang ) dengan 25 kes
– Kluster Pertak ( Hulu Selangor ) dengan 24 kes
– Kluster Kampung Keluat ( Bachok ) dengan 11 kes
– Kluster Kampung Nangka Bekelam ( Bachok ) dengan 20 kes
– Kluster Kampung Tok Kaya ( Kota Bharu ) dengan lapan kes
– Kluster Kampung Guchil Tujuh ( Kuala Krai ) dengan 27 kes
– Kluster Kampung Tempoyak Kadok ( Kota Bharu dan Pasir Puteh ) dengan sembilan kes
– Kluster Kampung Tok Sadang 2 ( Kota Bharu ) dengan 11 kes
– Kluster Jalan Corak ( Tongod ) dengan 12 kes
– Kluster Kampung Tengah Pangkor ( Manjung ) dengan 21 kes
– Kluster Jambatan Lemua ( Beluru ) dengan 11 kes
– Kluster Kampung Git ( Kuching ) dengan 20 kes
– Kluster Dah Kampung Tengas ( Bandar Baharu ) dengan 18 kes
– Kluster Gambaron 2 ( Telupid ) dengan 53 kes
– Kluster Jalan Pulai 22 ( Johor Bahru ) dengan enam kes
– Kluster KM4 Dengkil Banting ( Sepang ) dengan 61 kes

Menurut Dr. Noor Hisham, sebanyak 3,679 kluster dikesan di seluruh negara setakat ini dengan 1,106 daripadanya kluster aktif dan 2,573 lagi sudah tamat. – MalaysiaGazette