Firmino.

LONDON – Liverpool dilaporkan dalam proses menyediakan kontrak baharu kepada enam bintang utama pasukan tersebut.

Malangnya, penyerang sensasinya, Roberto Firmino dilaporkan tidak tersenarai dalam senarai enam pemain utama kelab Anfield itu.

Terbaharu Trent Alexander-Arnold telah melanjutkan kontraknya bersama the Kops minggu lalu.

Pemain bek kanan berusia 22 tahun itu menandatangani kontrak berterma baharu yang akan mengekalkannya sehingga 2025 dengan gaji lebih lumayan.

Laporan terkini mendakwa Pengarah Sukannya Michael Edward baru sahaja memulakan rundingan pembaharuan kontrak lumayan untuk enam pemain skuad pertama the Reds yang disenaraipendek kelab itu.

Penyerang sensasi skuad kendalian Jurgen Klopp, Mohamed Salah dan Sadio Mane antara bintang utama tersenarai dalam pembaharuan kontrak tersebut.

Namun rakan mereka dari Brazil, Firmino tidak tersenarai dalam proses itu berbanding rakan senegaranya Fabinho melengkapkan senarai enam bintang utama berkenaan.

Trio gandingan Salah, Mane dan Firmino telah membawa Liverpool ke tahap lebih tinggi dengan meledakkan 42 gol dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu.

Laporan juga mendakwa adalah tidak realistik Firmino akan ditawarkan penyambungan kontrak di Anfield walaupun kontrak pemain itu akan tamat pada tahun 2023.

Sementara kontrak Salah dan juga Van Dijk juga akan tamat dalam tempoh yang sama dan begitu juga dengan Mane dan Fabinho.

Liverpool dikatakan kesemua enam bintang yang tersenarai untuk pembaharuan kontrak itu diletakkan sebagai harapan kelab itu.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast