Bekas Ketua Perolehan sebuah syarikat kurier direman lima hari atas dakwaan terima suapan RM.050 setiap tan penghantaran beras ketika dibawa ke Mahkamah Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 31 JULAI 2021.

SHAH ALAM – Mahkamah Majistret hari ini meluluskan permohonan reman terhadap bekas pengurus perolehan sebuah syarikat selama lima hari bermula hari ini bagi tujuan siasatan kes meminta suapan berjumlah RM170,000 sebagai balasan penghantaran beras.

Permohonan tersebut dikemukakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Lelaki berusia 47 tahun itu sebelum ini bekerja di POS Logistic Berhad dipercayai meminta rasuah sebanyak RM0.50 sen bagi setiap tan metrik beras yang dihantar oleh syarikat vendor.

Dipercayai suapan itu dimintanya bagi penghantaran 339,915 tan metrik beras bernilai RM3,841,039.50 .

Beliau dipercayai melaluikan perbuatan itu pada tahun 2019 dan tahun 2020.

Terdahulu lelaki itu tiba di Kompleks Mahkamah Shah Alam di sini dengan tangan bergari dan dikawal pegawai SPRM.

Dengan bertindak sedemikian, maka lelaki itu boleh dituduh di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM.-MalaysiaGazette