Grealish

LONDON – Manchester City meluahkan keyakinannya memuktamadkan khidmat bintang tengah Aston Villa Jack Grealish pada minggu depan.

Skuad Pep Guardiola telah mengemukakan dana berjumlah £100 juta (RM586.7 juta) untuk mengikat khidmat pemain England itu.

Justeru menurut kelab Etihad itu, dana besar £100 juta itu dianggap memadai untuk memujuk Aston Villa melepaskan pemain berusia 26 tahun itu menyertai Etihad.

Man City juga dilaporkan bakal memuktamadkan perjanjian dan segala klausa terakhir membabitkan pemain itu menjelang minggu hadapan.

Malah andai kata tawaran itu dapat direalisasikan dengan jayanya, Grealish akan muncul sebagai pemain termahal dalam sejarah Liga Perdana Inggeris (EPL).

Walaupun Aston Villa cuba sedaya upaya untuk memujuk pemain itu kekal bersama pasukan itu, tawaran gaji lumayan £200,000 seminggu menanti pemain itu di kelab biru awan itu.

Selain itu hasrat Grealish beraksi dalam Liga Juara-Juara Eropah bakal tercapai dengan menyertai Manchester City.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast