Maritim Malaysia (APMM) Negeri Johor menerusi Zon Maritim Mersing membantu  membawa keluar tiga pesakit Covid-19 dari Pulau Aur ke Jeti Syahbandar di sini semalam.

MERSING – Maritim Malaysia (APMM) Negeri Johor menerusi Zon Maritim Mersing membantu  membawa keluar tiga pesakit Covid-19 dari Pulau Aur ke Jeti Syahbandar, di sini, semalam.

Pengarahnya, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, Zon Maritim Mersing telah menerima panggilan petang semalam daripada Pejabat Daerah Mersing memohon bantuan membawa tiga penduduk Pulau Aur yang dijangkiti  Covid-19 ke Hospital Mersing.

“Berikutan itu, bot Perkasa 31 Zon Maritim Mersing bersama lima anggota Maritim Malaysia lengkap berpakaian Personal Protection Equipment (PPE) telah ditugaskan ke Pulau Aur bagi melaksanakan khidmat MEDEVAC.

“Perkasa 31 tiba di lokasi sekitar jam 3.30 petang dan terus memindahkan tiga pesakit wanita yang berusia 15 hingga 77 tahun untuk dibawa ke Jeti Syahbandar.

“Perjalanan dari Pulau Aur ke Jeti Syahbandar mengambil masa selama lebih kurang dua jam,”katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Sebaik tiba di Jeti Syahbandar Mersing, pesakit terus dipindahkan ke ambulan yang  untuk dibawa ke Hospital Mersing bagi menerima rawatan lanjut.

Dalam pada itu, jelasnya, kesemua anggota Maritim Malaysia dan bot Perkasa 31 telah disanitasi dengan bantuan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast