Paul Pogba

PARIS – Pengurus Paris Saint Germain, Mauricio Pochettino mengakui kelabnya sedang mengintai beberapa pemain baharu musim ini namun mengunci mulut mengenai Paul Pogba.

Pemain itu mempunyai baki kontrak selama setahun lagi dengan Manchester United dan rundingan masih dilakukan.

Walaupun Pengurus United, Ole Gunnar Solskjaer mahu Pogba  mahu pemain itu menyambung kontrak namun ejen, Mino Raiola sudah mengadakan perbincangan dengan PSG mengenai potensi berhijrah ke Paris.

PSG dilaporkan bersedia menawarkan yuran sebanyak £40 juta untuk menagih khidmat pemain berusia 28 tahun itu. -MalaysiaGazette