KUALA LUMPUR – Sebanyak 17,105 kes jangkitan baru Covid-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah terkumpul setakat ini sebanyak 1,163,291 kes.

Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sehingga hari ini Selangor masih mencatatkan jangkitan harian tertinggi iaitu 5,836 kes dikuti Kuala Lumpur sebanyak 2,309 kes.

Manakala tiga negeri merekodkan kes lebih 1,000 iaitu Johor (1,275), Kedah (1,036) dan Sabah (1,010).

Sementara itu, Perak (967), Kelantan (915), Negeri Sembilan (816), Pulau Pinang (798), Pahang (628), Melaka (508), Sarawak (494), Terengganu (429), Putrajaya (72), Perlis (7) dan Labuan (5). – MalaysiaGazette