Iklan promosi seminar maya mengenai isu "Kerajaan India mencabut Artikel 370 dan 35 (A) dari Perlembagaan anjuran Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)

KUALA LUMPUR – Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) akan menganjurkan seminar maya mengenai isu “Pencabulan Artikel 370 dan 35 (A) daripada Perlembagaan oleh Kerajaan India’.

Seminar tersebut akan diadakan pada Khamis ini secara atas talian, bermula pukul 11 pagi.

Presiden MAPIM, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, isu berkenaan telah memberi kesan buruk kepada status istimewa wilayah Jammu dan Kashmir.

“Kami ingin menyuarakan penderitaan yang dialami oleh penduduk Jammu dan Kashmir yang kini berada dibawah penjajahan India.

“Sehingga kini India telah melakukan kepungan ke atas Jammu Kashmir sejak Artikel 370 dan 35 (a) telah dicabut dan warga Kashmir mengalami pelbagai pelanggaran hak manusia oleh tentera India.

“Serangan, pembunuhan, penahanan, penyeksaan, perampasan hak terus berlaku di Jammu dan Kashmir,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Mohd Azmi berkata, seminar itu akan membawa lima ahli panel yang bakal membentangkan nasib warga Kashmir serta penyelesaian kepada konflik yang berlarutan lebih tujuh dekad itu.

Mereka terdiri daripada tokoh akademik, aktivis badan bukan kerajaan (NGO) dan pengamal media, katanya.

Tambah beliau, ucaptama pada program itu akan disampaikan oleh bekas Menteri Luar Malaysia, Tan Sri Dr Syed Hamid Albar.

Katanya lagi, MAPIM mengalu-alukan semua pihak untuk menyertai seminar ini.

Ujarnya, pendaftaran bagi penyertaan boleh menghubungi Muiz ditalian Muiz 019-6960126 dan Fadhil dinombor 011-21345997. – MalaysiaGazette