worst scenario new Variant of Concern VOC Director-General of Health Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah at a news conference on the Covid-19 updates in the country. PIX: SYAFIQ AMBAK / MalaysiaGazette / 08 MAY 2021. Covid-19 new daily cases
Dr. Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Kes kematian harian Covid-19 masih menunjukkan jumlah kehilangan nyawa yang tinggi hari ini dengan 195 kes di mana Selangor merupakan negeri paling tinggi jumlahnya dengan 88 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Johor menjadi negeri kedua tertinggi angka kematian dengan 24 kes, dan ini diikuti dengan 15 kes di Pulau Pinang, 13 kes di Kedah dan 12 kes di Sabah.

“Bagi jumlah kematian di bawah 10 kes ialah masing-masing lapan kes di Negeri Sembilan, Melaka, dan Pahang; tujuh kes di Terengganu, empat kes di Perak, tiga kes di Kelantan dan dua kes di Sarawak.

“Manakala kadar kematian terendah direkodkan di tiga negeri dengan masing-masing satu kes di Kuala Lumpur, Labuan, dan Perlis,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih merekodkan kes sembuh tinggi dengan 12,297 kes, sekali gus menjadikan kes kumulatif berjumlah 950,029 kes setakat ini.

“Kadar kesembuhan daripada Covid-19 setakat ini masih kekal tinggi lebih 80 peratus dengan 81.7 peratus dan kadar ini konsisten sejak bulan lalu,” katanya.

KKM turut merekodkan jumlah kes aktif Covid-19 hari ini juga masih tinggi berjumlah 203,664 kes.

“Manakala kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) berjumlah 1,066 kes dan kes yang memerlukan bantuan pernafasan pula sebanyak 537 kes,” katanya.

Sementara itu, sebanyak 30 kluster baharu dikenal pasti hari ini, manakala jumlah kluster yang telah ditamatkan juga tinggi berjumlah 2,618 kluster.

“Ini menjadikan jumlah keseluruhan kluster setakat ini berjumlah 3,761 kluster, manakala jumlah kluster aktif pula sebanyak 1,143 kluster,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

17,105 kes jangkitan Covid-19