A teenage girl was fined RM5,000 after removing her pink quarantine tag without the permission of the Ministry of Health (MOH) in a viral TikTok.
A teenage girl was fined RM5,000 after removing her pink quarantine tag without the permission of the Ministry of Health (MOH) in a viral TikTok.. Seorang remaja dikompaun RM5,000 selepas tindakannya menanggal gelang kuarantin tanpa kebenaran KKM tular di TikTok semalam.

TAIPING – Seorang remaja perempuan dikompaun RM5,000 selepas didapati menanggalkan gelang kuarantin berwarna merah jambu untuk keluar bersiar-siar dalam kejadian di Kamunting di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, tindakan kompaun dikeluarkan selepas video remaja berusia 17 tahun itu tular di media sosial sejak semalam.

ACP Osman Mamat

Jelas beliau, pihak polis berjaya mengesan lokasi remaja terbabit selepas mendapati kejadian itu berlaku di kawasan Kamunting.

“Hasil siasatan mendapati remaja terbabit menjalani ujian saringan Covid-19 pada Sabtu lalu dan keputusannya masih belum diperolehi.

“Soal siasat juga mendapati dia belum sempat ke tempat awam dan hanya singgah di rumah rakannya di kawasan berkenaan.

Tangkap layar menunjukkan remaja itu sengaja membuka gelang kuarantin untuk keluar bersiar-siar.

“Remaja itu dikompaun RM5,000 kerana menanggalkan gelang kuarantin tanpa kebenaran Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Osman, remaja itu didapati melakukan kesalahan di bawah Peraturan 16 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPPB) (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) 2021.

Semalam tular satu video berdurasi 31 saat di TikTok yang memaparkan seorang remaja perempuan menanggalkan gelang merah jambu di sebuah kediaman untuk keluar bersiar-siar. – MalaysiaGazette