Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) melantik Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor (Bersara) sebagai pengerusi baharu berkuatkuasa semalam.

Beliau menggantikan Jeneral Tan Sri Mohd. Zahidi Zainuddin yang bersara setelah berkhidmat sebagai Pengerusi LTAT sejak Ogos 2018.

Raja Mohamed Affandi pernah menyandang jawatan sebagai Panglima Angkatan Tentera ke-19 pada 16 Disember 2016 dan bersara pada tahun 2018
setelah menabur khidmat bakti kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) selama 42 tahun.

Sebelum menerajui ATM, Raja Affandi telah dilantik sebagai Panglima Tentera Darat yang ke-25 pada tahun 2013.

Beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang kepimpinan ketenteraan dan diplomasi ketika menjawat jawatan sebagai Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia dan Panglima Medan Tentera Darat.

Raja Affandi mempunyai kelulusan Master in Defence Studies (Australia) dan Master of Science in Defence and Strategic Studies (Pakistan).- MalaysiaGazette