Perhimpunan Agung UMNO 2022 yang dijadual bulan ini ditunda ke Januari.

KUALA LUMPUR – Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) mendapati keputusan Majlis Tertinggi (MT) UMNO menangguhkan pemilihan jawatan semua peringkat selama 18 bulan tidak sah.

Keputusan itu dibuat oleh MT UMNO pada 7 Julai lalu.

RoS dalam satu surat kepada surat Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berhubung keputusan parti itu bagi menangguhkan pemilihan MT, bahagian, cawangan, wanita, pemuda dan puteri parti itu berdasarkan Perlembagaan UMNO Fasal 10.16.

Surat berkenaan ditandatangani Pendaftar Pertubuhan Malaysia, Jassri Kasim bertarikh hari ini.

Kenyataan itu turut memuatnaik kenyataan UMNO bertulis;

“Majlis Kerja Tertinggi berhak menangguhkan pemilihan di peringkat Majlis Kerja Tertinggi, Bahagian dan Cawangan. Penangguhan ini tidak boleh lebih daripada lapan belas (18) dari tarikh pemilihan yang sepatutnya ia diadakan.”

RoS berpandangan tempoh pemegang semua jawatan dalam UMNO bagi penggal 2018/2021 telah tamat pada 30 Jun lalu dan oleh itu, keputusan MT UMNO menangguhkannya tidak sah, kata kenyataan yang sama.

Sehubungan itu, RoS dalam surat berkenaan mengesyorkan Ahmad Maslan menetapkan satu tarikh untuk mengadakan mesyuarat pemilihan MT UMNO mengambilkira pematuhan SOP sedia ada dan dimaklumkan kepada pihaknya dengan kadar segera.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Pemilihan semua peringkat UMNO tangguh 18 bulan – Ahmad Maslan