Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah PPN Phase 1 relaxation dine in
Dr. Noor Hisham Abdullah.

KUALA LUMPUR – Sejumlah 9,918 kematian direkodkan dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, angka itu adalah 21 kali ganda lebih daripada jumlah kematian yang direkodkan tahun lalu iaitu 471 kes.

“Daripada jumlah kes kematian pada tahun ini (sehingga 7 Ogos 2020), sebanyak 8,615 kes kematian (86.9 peratus) merupakan kematian di hospital dan 1,303 kes kematian (13.1 peratus) brougth in dead (meninggal ketika dibawa ke hospital)

“Sebanyak 8,081 kes (93.8 peratus) kes kematian di hospital melibatkan warganegara Malaysia,” katanya dalam kenyataan perkembangan harian kes Covid-19, hari ini.

Noor Hisham berkata, bagi kes kematian meninggal ketika dibawa ke hospital pula, sebanyak 819 kes melibatkan warganegara Malaysia, manakala 484 kes lagi melibatkan bukan warganegara Malaysia.

“Bagi 7 Ogos 2021, terdapat 34 kes BID, yang mana 22 kes merupakan warganegara dan 12 kes bukan warganegara,” jelas Noor Hisham lagi.

Dalam pada itu daripada 19,257 kes positif yang dilaporkan hari ini, sejumlah 740 kes adalah dalam kategori 3 hingga 4.

Noor Hisham berkata, bagi kategori tiga, 53 kes dilaporkan manakala bagi kategori empat 28 kes dan terbanyak 448 kes di kategori lima.

“Sebanyak 18,517 kes (96.2 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2. Ini adalah berdasarkan keadaan klinikal kes semasa baharu didiagnosa Covid-19.

“Ada di antara kes kekal di kategori yang sama sepanjang tempoh jangkitan, namun ada juga yang berubah status kesihatan kes sama ada bertambah baik ke kategori lebih rendah atau merosot ke kategori lebih tinggi,” jelas Noor Hisham.

Tambah Noor Hisham, sebanyak 4,178 kes daripada jumlah kes yang dilaporkan pada hari ini mempunyai sejarah vaksinasi Covid-19.

Jumlah sembuh sepenuhnya daripada positif Covid-19 hari ini direkodkan 16,323 kes menjadikan jumlah kumulatif adalah pada paras 1,009,343 kes.

Daripada 19,257 kes yang direkodkan hari ini 16 kes adalah kes import melibatkan 10 warganegara dan bakinnya bukan warganegara.

Sejumlah 19,241 kes kes penularan tempatan dengan 15,893 kes melibatkan warganegara dan 3,348 bukan warganegara.

Sebanyak 1,097 kes ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 575 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Manakala jumlah kes aktif kini adalah 224,120.

Dalam pada itu, sejumlah 210 kes kematian dicatatkan hari ini melihatkan 177 warganegara dan 33 bukan warganegara.

Sehingga hari ini, sejumlah 10,389 individu meninggal dunia akibat positif Covid-19.

“Kes kematian pada hari ini yang melibatkan 88 kes di Selangor, 33 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 28 kes di Johor, 17 kes di Kedah, 13 kes di Sabah, lapan kes di Melaka, enam kes di Perak, masing-masing lima kes di Negeri Sembilan dan Kelantan, empat kes di Pulau Pinang, serta masing-masing satu kes di Pahang, Sarawak, dan Perlis,” demikian menurut Noor Hisham.

Sejumlah 36 Kluster dikesan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini dengan 18 daripada adalah Kluster Tempat Kerja, 16 Kluster Komuniti, dan masing-masing satu Kluster Institusi Pendidikan KPM, Keagamaan dan Pusat Tahanan. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Yang tiada vaksin perlu tinggal di PKRC tidak kira ada gejala atau tiada gejala, ini dapat mengurangkan BID.

Comments are closed.