Muhammad Sanusi

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor hari ini memohon maaf dengan ‘gurauan’ beliau mengenai kontena jenazah semalam.

Bagaimanapun, katanya, kenyataan ‘gurauan’ itu telah diambil di luar konteks.

“Saya mohon maaf setelah gurauan semalam tular di media sosial di luar konteks. Saya suka bergurau, jadi oleh kerana gurauan itu agak kasar, saya nak maklumkan bahawa saya bergurau dengan wartawan yang telah menjadi sebahagian daripada keluarga dalam kerjaya saya.

“Kadang-kadang saya bergurau, mungkin gurauan itu dianggap bergurau dengan semua orang dan diviralkan, jadi sidang media semalam jadi topnya tentang gurauan itu sahaja,” katanya dalam sidang media itu.

Muhammad Sanusi dalam kenyataannya semalam dilaporkan berkata, kontena jenazah mencukupi dan sesiapa hendak masuk bagi nama.

Oleh kerana ada yang tersinggung dan terasa hati dengan gurauan tersebut, Muhammad Sanusi meminta maaf.

“Mereka (wartawan) tahu karekter saya dan masuk dalam video, nak buat macam mana, nasib saya,” ujarnya.

Muhammad Sanusi mengakui beliau menerima banyak mesej yang mencela tapi mengambilnya sebagai adat dalam kerjayanya.

“Ada yang suka, ada yang benci,” tambahnya.

saya terima sebagai adat dalam kerjaya saya, ada yang suka ada yang benci,” katanya lagi.

Semalam dalam satu sidang media, Muhammad Sanusi yang mengingatkan penduduk di Sungai Petani untuk mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) Covid-19 kerana hospital di sana sudah penuh.

Menjawab pertanyaan media mengenai sekiranya tempat menyimpan mayat pesakit Covid-19 mencukupi, Muhammad Sanusi dalam nada melawak menjawab “Kontena jenazah mencukupi, siapa nak masuk bagi nama.”

Kenyataan dalam nada berseloroh itu mendapat kecaman para netizen yang menyifatkan sebagai pemimpin tidak sensitif dengan kesedihan rakyat.

Kata-kata Muhammad Sanusi yang didakwa ditujukan kepada wartawan yang membuat liputan sidang media semalam turut mendapat kecaman antaranya daripada bekas timbalan pengarah Kementerian Kesihatan Dr Christopher Lee.

Lee  yang terkejut dengan kenyataan tersebut berkata, perkara itu tidak sepatutnya dikeluarkan oleh seorang pemimpin seperti Muhammad Sanusi.

“Terkejut apabila seorang menteri besar tergamak mengatakan ini ketika ratusan meninggal dunia setiap hari.

“Saya telah melakukan kerja klinikal selama lebih dari 35 tahun tetapi tiga hari yang lalu, saya masih sukar memberitahu seorang suami bahawa isterinya berusia 31 tahun telah meninggal dunia kerana Covid-19.

“Untuk menenangkan hati dan menunjukkan empati adalah ciri-ciri pemimpin, betul tak,” kata pakar penyakit berjangkit itu pada catatan di Twitter.

Muhammad Sanusi Julai lalu dikompaun RM1,500 kerana melanggar SOP dengan memandu uji kenderaan di sebuah pusat jualan dan pameran kenderaan di Auto City Juru, Pulau Pinang.

Dalam kejadian pada 5 Jun lalu, gambar dan video tular memaparkan individu dipercayai Muhammad Sanusi memandu uji kenderaan pacuan empat roda Ford Raptor di sebuah pusat pameran di Juru ketika Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan di seluruh negara. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. SELOROH SANUSI….SIAPA NAK MASUK NAMA….KHAS UNTUK ANWAR DAN 107 MP yang mencabar COVID 19 Kebal bagi mereka….sanggup buat PERHIMPUNAN HARAM DI DATARAN MERDEKA TU…sendiri buat sendiri tanggung JANGAN SUSAHKAN FRONTLINERS

    antara tersurat dan tersirat di luar konteks

Comments are closed.