Lee Chong Wei
Lee Chong Wei

KUALA LUMPUR – Ketua kontinjen negara, Datuk Lee Chong Wei mengucapkan tahniah kepada Datuk Azizulhasni Awang kerana menghadiahkan pingat perak pada Olimpik Tokyo kali ini.

“Berdebar satu Malaysia menyaksikan pecutanmu. Bersorak satu Malaysia apabila mu menerjah untuk mendapatkan perak.

“Berbangga satu Malaysia melihat bendera dikibarkan. Terima kasih kerana menyatukan kita. Gangsa dan perak u (awak) dah ada. I (saya) yakin emas dalam genggaman di Paris nanti,” kata bekas jaguh perseorangan badminton lelaki negara itu menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Aksi final hari ini menyaksikan Azizul berjuang habis-habisan untuk meraih perak dan hanya tewas kepada pelumba Britain, Jason Kenny yang menggunakan strategi memecut lebih awal meninggalkan barisan pelumba lain.

Sementara itu, Chong Wei sempat bergurau dengan Azizulhasni apabila mempersoalkan mengenai raut muka Kenny yang dilihat jauh lebih tua berbanding Azizul.

“Bro, u (awak) sama umur dengan Jason Kenny tu. Tapi kenapa u nampak jauh lagi muda. Apa ramuan bro?” ujarnya. – MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast