Foto Ebit Lew yang dimuatnaik bersama hantaran di laman Facebook.

KUALA LUMPUR – Tidak sampai 24 jam pemergian Siti Sarah Raisuddin, bertebaran cerita kebaikan mengenainya.

Terbaharu, pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew mendedahkan isteri pelawak Shuib itu prihatin dengan nasib orang miskin dan anak yatim yang dibantunya.

Allahyarhamah juga katanya, sering menyuarakan hasrat untuk membayar sewa rumah golongan miskin dan ingin menanggung anak yatim yang disekolahkan Ebit.

“Ya Allah sedihnya rasa. InsyaAllah @shuibsepahtu @sitisarahraisuddin dan anak-anak akan bersama kembali dalam Syurga Firdaus.

“@Sitisarahraisuddin banyak kali tanya pada saya ingin bayarkan sewa beberapa rumah orang miskin yang saya uruskan dan anak yatim yang saya bantu sekolahkan. Semoga Allah beri syurga Firdaus padanya. Sabar ye @shuibsepahtu Allah sayang. Insyallah,” katanya menerusi InstaStory Instagram sambil memberikan semangat kepada Shuib.

Siti Sarah meninggal pada usia 37 tahun meninggalkan empat cahaya mata, selepas beberapa hari berjuang melawan Covid-19.

Sebelum itu, Allahyarhamah selamat melahirkan cahaya mata keempat pasangan itu yang dikandungkannya tujuh bulan.

Siti, Shuib dan anak-anaknya disahkan positif Covid-19 selepas pembantu rumahnya dijangkiti wabak itu.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast