Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai bersama empat ahli Parlimen yang lain bergaul dengan media selepas memberi keterangan berkaitan sekumpulan Ahli Parlimen pembangkang yang berkumpul di Dataran Merdeka setelah tidak dibenarkan memasuki bangunan Parlimen pada Isnin lalu di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 09 OGOS 2021.

KUALA LUMPUR – Seramai sembilan orang ahli Parlimen pembangkang hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi hari ini untuk memberi keterangan membantu siasatan perhimpunan ke Parlimen di Dataran Merdeka di sini pada 2 Ogos lalu.

Kesemua mereka dipanggil bagi merakam percakapan dalam dua sesi yang diadakan di sebelah pagi ini.

Lima ahli Parlimen pembangkang yang hadir untuk sesi merakam percakapan adalah Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai yang juga Pengerusi DAP, Ahli Parlimen Selayang, William Leong Jee Kee, Ahli Parlimen Bukit Bintang, Fong Kui Lun, Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago.

Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad hadir untuk memberi keterangan berkaitan sekumpulan Ahli Parlimen pembangkang yang berkumpul di Dataran Merdeka setelah tidak dibenarkan memasuki bangunan Parlimen pada Isnin lalu di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 09 OGOS 2021.

Mereka masuk ke dalam bangunan bermula jam 10.30 pagi tadi dan keluar meninggalkan premis sejam kemudian satu persatu.

Kelima-lima mereka telah diambil keterangan satu persatu dan Nik Nazmi pemimpin terakhir yang keluar dari IPD Dang Wangi kira-kira pukul 12.15 tengahari.

Bagi sesi kedua pukul 11 pagi pula, empat lagi ahli Parlimen pembangkang tampil bagi tujuan yang sama.

Empat pemimpin itu Ahli Parlimen Hulu Langat, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus diikuti bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad merangkap Ahli Parlimen Kuala Selangor.

Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh hadir untuk memberi keterangan berkaitan sekumpulan Ahli Parlimen pembangkang yang berkumpul di Dataran Merdeka setelah tidak dibenarkan memasuki bangunan Parlimen pada Isnin lalu di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 09 OGOS 2021.

Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh ditemani peguamnya memasuki IPD Dang Wangi pukul  11.30 pagi dan akhirnya Ahli Parlimen Batu, P. Prapakaran.

Dzulkefli kemudian keluar meninggalkan IPD Dang Wangi selepas 45 minit kemudian diikuti Fuziah pukul 12.35 tengahari.

Rata-rata mereka menjelaskan mereka dipanggil dan dirakam keterangan berkaitan perhimpunan di Dataran Merdeka dan berarak ke Parlimen itu di bawah Seksyen 112 Kanun Keseksaan dan Akta 342.

Manakala di sebelah petang 2.30 petang nanti, senarai nama ahli Parlimen dipanggil ialah Ahli Parlimen Seremban,a Anthony Loke, Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh dan Ahli Parlimen Subang, Wong Chen.-MalaysiaGazette