Twitter Tan Sri Noor Hisham Abdullah
Twitter Tan Sri Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Jika semalam jumlah kes positif Covid-19 turun kepada 17,236 kes, hari ini kes wabak itu kembali melonjak kepada 19,991 kes.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Selangor terus mencatatkan kes tertinggi dengan 7,338 kes.

“Jumlah kes Covid-19 yang dilaporkan adalah 19,991 kes dengan jumlah kumulatig 1,299,767 kes.

“Pecahan setiap negeri Selangor 7,338, Kuala Lumpur 2,374, Johor 1,344, Sabah 1,383, Sarawak 836, Negeri Sembilan 564, Kedah 1,830, Pulau Pinang 743, Kelantan 1,030, Perak 953, Melaka 578, Pahang 539, Terengganu 378, Labuan 1, Putrajaya 76, dan Perlis dengan 24 kes,” demikian menurut Noor Hisham di Twitter.

Selangor mencatatkan peningkatan kes tertinggi positif Covid-19 di negeri sebanyak 1,598 kes berbanding semalam dengan hanya 5,740 kes.

Lima lagi negeri yang menunjukkan peningkatan drastik positif Covid-19 adalah Kuala Lumpur yang naik sebanyak 807 kes, Kedah yang meningkat 502 berbanding semalam pada paras 1,328 kes.

Kelantan naik 116 kes, sementara Melaka 179 kes berbanding semalam 306 kes, diikuti dengan Sarawak yang naik 247 kes berbanding semalam, 589 kes.

Tiga negeri yang merekodkan penurunan kes secara drastik iaitu Negeri Sembilan yang turun 651 kes berbanding semalam dengan 1,215 kes dan Terengganu yang turun 123 kes. – MalaysiaGazette