5,738 new Covid-19 cases have been recorded today and shifted the cumulative Covid-19 tally to 678,764 cases Covid-19 deaths Rt value
Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Sebanyak 47 lagi kes varian membimbangkan (VOC) dikesan di negara ini.

Daripada 47 kes itu, 46 adalah daripada varian Delta dan satu varian Beta.

“Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan Variant of Interest (VOI) adalah sebanyak 667 kes.

“Daripada jumlah yang dikesan tersebut, 647 kes adalah VOC manakala 20 kes adalah VOI,” demikian menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Noor Hisham menambah Selangor mempunyai kes varian Delta terbanyak dengan 13 kes, Kedah 7, masing-masing lima kes di Johor dan Terengganu, Putrajaya (4), Perak (3), Kelantan (2), Negeri Sembilan (2), Kuala Lumpur (2), Perlis (1), Pahang (1), dan Sabah 1 kes.

Kelantan, dalam pada itu merekodkan satu-satunya kes Beta dari 6 Ogos sehingga hari ini.

Sehingga hari ini, Noor Hisham berkata, sejumlah 209 varian Beta telah direkodkan di negara ini dan 424 kes varian Delta.

Manakala 14 kes varian Alpha dikesan sementata 13 kes varian Theta, empat kes varian Kappa, dan tiga kes varian Eta.

Dalam pada itu, sejumlah 16,258 kes sembuh sepenuhnya daripada Covid-19 direkodkan hari ini.

Jumlah itu menjadikan 1,057,843 kes atau 81.4 peratus daripada keseluruhan kes sehingga hari ini.

Kes baharu pula direkodkan pada paras 19,991 dengan tiada kes import direkodkan.

Daripada jumlah itu 1,096 kes ditempatkan di Unit Kawalan Rapi (ICU) dengan 570 memerlukan alat bantuan pernafasan.

“Secara keseluruhan, hanya 4,632 kes (23.2 peratus) daripada jumlah kes yang dilaporkan pada hari ini mempunyai sejarah imunisasi Covid-19,” kata Noor Hisham.

Kes aktif terus meningkat kepada 230,762 kes.

Tambahnya, sebanyak 201 kes kematian direkodkan hari ini melibatkan 163 warga negara dan bakinya 38 lagi bukan warganegara.

Daripada jumlah itu, 34 adalah kes ‘brought in dead’ (BID) atau meninggal ketika dibawa ke hospital melibatkan 13 warganegara dan 21 bukan warganegara.

“Kematian pada hari ini yang melibatkan 87 kes di Selangor, 37 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 20 kes di Johor, 14 kes di Perak, 12 kes di Sabah, 10 kes di Pulau Pinang, lapan 8 kes di Melaka, lima kes di Negeri Sembilan, masing-masing tiga kes di Kedah dan Sarawak, dan dua kes di Terengganu,” kata Noor Hisham.

Sejumlah 29 kluster dikesan KKM iaitu 17 Kluster Tempat Kerja, lapan Kluster Komuniti, tiga Kluster Kumpulan Berisiko Tinggi dan satu Kluster Keagamaan.

“Kluster Tempat Kerja (Tapak Bina Bukit OUG) di Kuala Lumpur menjadi kluster tertinggi hari ini dengan 113 kes positif Covid-19,” jelas Noor Hisham. – MalaysiaGazette