Lewis Hamilton. foto HAZROL ZAINAL, 24 SEPTEMBER 2019.

LONDON – Bekas pelumba Formula Satu (F1), Damon Hill bimbang terhadap kesihatan Lewis Hamilton ekoran kesan jangkitan Covid-19 .

Hamilton, 36, dikatakan jarang kelihatan selepas tamat Grand Prix Hungary minggu lalu yang menyaksikan pelumba Britain itu menduduki tempat kedua selepas Sebastian Vettel dibatalkan.

Bagaimanapun, Hamilton yang merupakan bintang Mercedes itu tampak tidak selesa ketika naik ke podium dan perkara itu dapat dilihat menerusi wajahnya.

Perkara itu disedari Hill, sekaligus melahirkan kebimbangan pada dirinya terhadap tahap kesihatan pelumba itu.

Katanya kepada podcast F1 Nation: “Dia seperti kehilangan tenaga. Saya hanya berharap dan mendoakan dia cepat pulih.

“Kesan Covid ini selalu kita dengar. Orang ramai memperkatakan mengenainya. Mereka yang pernah dijangkiti berkata walapun sudah pulih tetapi untuk tempoh setahun kesan Covid masih dirasai dan mereka masih lagi tidak 100 peratus. Ia virus sangat bahaya dan saya harap Lewis dapat pulih sepenuhnya.

“Dia nampak letih selepas tamat GP British. Adakah anda ingat dia di atas podium dengan agak termengah-mengah. Saya fikir kerana perlumbaan yang sengit tetapi dia mengakui belum benar-benar cergas selepas dijangkiti Covid di Bahrain pada Disember tahun lalu,” ujarnya.

Hamilton kini berehat daripada sesi latihan menjelang Grand Prix Belgium pada 29 Ogos depan.

Tempat kedua di Hungary membolehkan dia memintas Max Verstappen dengan perbezaan lapan mata dalam kedudukan keseluruhan. – GP Fans

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast