Pengurusan tertinggi PSG dikhabarkan kuat sedia melepaskan 10 pemain untuk membiayai dana pembelian Lionel Messi.Foto Kredit: PSG Getty Images

PARIS – Paris Saint Germain dilaporkan telah membenarkan 10 pemain pasukan pertamanya untuk meninggalkan kelab itu bagi membuka ruang membiayai dana pembelian Lionel Messi.

Kelab gergasi Ligue 1 Perancis itu satu-satunya pilihan mengikat khidmat bekas superstar Barcelona berusia 34 tahun itu yang telah mengucapkan selamat tinggal di Nou Camp pada Sabtu selepas 21 tahun bersamanya.

Kini laporan terbaharu di Paris mendakwa PSG merancang untuk melakukan rombakan besar-besaran dalam pasukannya untuk mengimbangi perbelanjaan dana kelab ke atas pemain.

Antara nama-nama pemain yang dikhabarkan kuat diarah untuk meninggalkan kelab adalah Abdou Diallo, Thilo Kehrer, Idrissa Gueye and Rafinha.

Juga dikaitkan dua lagi pemain utama iaitu Mauro Icardi dan Ander Herrera walaupun mereka menyatakan pendiriannya kekal di Parc des Princes.

Messi dilaporkan sudah bersetuju untuk menandatangani kontrak dua tahun dengan pendapatan tahunan bernilai £25 juta.- Dailymail.com