Kylian Mbappe kekal di Paris kata Nasser. Kredit Foto: Laman rasmi PSG

PARIS – Tiada ada alasan konkrit untuk Kylian Mbappe meninggalkan Paris Saint Germain kali ini.

Presiden PSG, Nasser Al-Khelaifi mengesahkan penyerang muda berbisa itu akan kekal dalam kelab musim ini.

Berita itu sekali gus memusnahkan harapan Real Madrid yang memburu khidmat pemain itu selama setahun yang lalu.

Status kontrak Mbappe yang berbaki setahun lagi menarik perhatian kelab gergasi La Liga Sepanyol, Real Madrid.

Namun, pendirian terbaharu Nasser bahwa pemain berusia 22 tahun itu tidak akan meninggalkan Paris  menamatkan segala spekulasi yang menyelubungi masa depan pemain itu serta- merta.

“Dia seorang pemain milik PSG dan tiada alasan untuk pemain mahu meninggalkan kelab ini untuk ke Real Madrid,” katanya selepas memuktamadkan khidmat superstar bola sepak dunia Lionel Messi dari Barcelona.

Semua pihak tahu akan masa depan Mbappe dan dia adalah pemain PSG serta mahu menang piala bersama kelab ini.

“Malah dia juga secara terbuka menyatakan pendirian bahawa dia akan kekal di Paris,” katanya.

Justeru Lionel Messi yang telah melengkapkan perpindahan ke Paris dengan gaji mingguan berjumlah £1 juta dan kontrak dua tahun selepas meninggalkan Barcelona menyatakan keterujaannya untuk beraksi dengan Neymar dan Mbappe di bahagian serangan.-Dailymail.com

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast