Anadolu.- Pix Agency via Getty Images

MADRID – Barcelona masih mempunyai baki hutang yang perlu dijelaskan kepada bekas pemainnya, Lionel Messi yang kini bersama Paris Saint Germain (PSG).

Kelab the Catalans itu masih bertanggungjawab untuk membayar gaji tertunggak sebanyak £104 juta (RM609.1 juta) kepada pemain Argentina itu.

Ia merupakan baki pendapatan Messi untuk musim lalu yang perlu dibayar oleh Nou Camp di sebalik krisis kewangan yang kelab sedang dihadapi La Liga Sepanyol.

Buat kali pertama Messi memulakan sesi latihan sebagai pemain PSG semalam dan berkemungkinan akan beraksi dalam perlawanan menentang Strasbourg pada Sabtu ini.

Ketika ini, Messi bersama isteri dan tiga anak kecilnya menginap sementara di sebuah hotel di Paris.

Bagaimanapun, pemain yang pernah menjado musuhnya dalam La Liga Sepanyol, Sergio Ramos kini menjadi rakan sepasukan di PSG.

Justeru, Ramos menawarkan kediamannya kepada Messi dan keluarganya menetap buat sementara waktu sehingga memperoleh kediaman tetap.

Messi menandatangani kontrak dua tahun bersama kelab Ligue 1 Perancis itu dengan pendapatan mingguan bernilai RM5.856 juta (£1 juta) dan £48 juta (RM281.1 juta) setahun.

Nilai pendapatan mingguan itu termasuk bonus dan loyalti lain yang akan diterima pemain itu bersama kelab Paris terbabit.-Dailymail.com

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast