KUALA LUMPUR – Jangkitan Covid-19 yang dikeluarkan hari ini hanya menunjukkan penurunan 200 kes kepada 21,468.
Semalam, jumlahnya lebih banyak iaitu 21,668 dan ia merupakan rekod tertinggi sejak negara di landa penularan wabak tersebut.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor masih kekal berada di atas dengan 7,448 kes diikuti Kuala Lumpur 2,183 kes, selain Kedah dan Sabah masing-masing 1,807 dan 1,654 kes.
Berikut pecahan kes mengikut negeri yang dikeluarkan di hantaran Facebook miliknya:
Pecahan setiap negeri (Kumulatif):
Selangor – 7,449 (498,741)
WPKL – 2,183 (151,029)
Johor – 1,485 (107,912)
Sabah – 1,654 (101,685)
Sarawak – 715 (85,318)
Negeri Sembilan – 974 (83,444)
Kedah – 1,807 (65,240)
Pulau Pinang – 1,316 (57,949)
Kelantan – 1,088 (54,721)
Perak – 940 (48,510)
Melaka – 723 (38,375)
Pahang – 572 (32,054)
Terengganu – 440 (23,222)
WP Labuan – 6 (9,740)
WP Putrajaya – 66 (4,783)
Perlis – 50 (960)
– MalaysiaGazette