Hishammuddin Hussein

KUALA LUMPUR – Kerajaan bersetuju melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di empat lokaliti di Sabah.

Jelas Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Hishammuddin Hussein, keputusan itu dibuat selepas meneliti pembentangan mengenai penilaian risiko dan tren jangkitan Covid-19 daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Empat lokaliti itu yang terlibat adalah Kampung Siansai Dundau Kota Belud dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Semarak, Tawau.

Dalam masa yang sama Kampung Sembulan Tengah dan Lama di KK dan Kampung Tampasuk 1, Kota Belud turut dilanjutkan sehingga 28 Ogos ini.

Dalam pada itu, Hishammuddin berkata, sebanyak tiga lokaliti di KK dan dua lokaliti di Beaufort Sabah dikuatkuasakan sebagai kawasan PKPD bermula 15 Ogos ini.

Ia melibatkan Kampung Pulutan, Kg Mansiang, Tapak Bina Hyatt, Centric, Kg Brunei di Membakit dan Rumah Kongsi Tapak Bina Prima Lumat.

Selain itu, Kampung Rancangan Kalabakan, Kampung Mengaris 2, Kota Marudu, Kampung Contoh Putatan dan Lorong Mat Salleh Bt2 juga dilaksanakan PKPD untuk tempoh yang sama.

Turut serta, Jalan Blue Vallet Cameron Highlands, Pahang.-MalaysiaGazette