LONDON – Selepas pelbagai spekulasi, Romelu Lukaku akhirnya pulang ke pangkuan Stamford Bridge semalam setelah melengkapkan perpindahan bernilai £98 juta.
Pemain dari Inter Milan itu menerima pelbagai kecaman daripada para penyokong Milan yang menggelar bintang Belgium itu sebagai penderhaka kerana meninggalkan kelab demi wang.
Lukaku juga merupakan penerima gaji terbesar di kelab itu selepas N’Golo kante.
Dia dijangka menerima pendapatan antara £325,000 hingga £450,000 seminggu termasuk elaun dan bonus tambahan.
Lukaku sebelum ini meninggalkan the Blues pada tahun 2013 untuk menyertai Everton dengan nilai £28 juta selepas gagal membawa impak yang diharapkan Stamford Bridge ketika itu.
Pada awalnya Lukaku dikatakan mahu kekal bersama Milan, bagaimanapun krisis kewangan Milan memaksa dia menerima tawaran lumayan yang dikemukakan skuad Thomas Tuchel.
“Saya gembira dapat kembali semula ke kelab asal selepas satu perjalanan yang panjang bersama Everton, Manchester United dan Inter Milan selama tujuh tahun yang lalu.
“Dulu saya bersama Chelsea sebagai kanak-kanak dan kini kembali sebagai pemain berpengalaman dan matang untuk menyumbang kejayaan dengan merangkul lebih banyak gelaran bersama selepas ini,” katanya.
Di Serie A musim lalu, Lukaku menjaringkan 24 gol, sekali gus membantu kelab Antoine Konte menjulang gelaran Serie A Itali selepas 10 tahun, mengakhiri dominasi Juventus sebagai juara bertahan hampir sedekad lalu.- Dailymail.com