Ashraf Mustaqim
Mohd Ashraf Mustaqim

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi digesa untuk mendedahkan calon Perdana Menteri yang disokongnya.

Ketua Penerangan Armada Bersatu Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir berkata, tindakan Asyraf yang kelihatan menyokong pemimpin UMNO yang mempunyai kes mahkamah atau digelarnya sebagai ‘kluster mahkamah’ telah melanggar Perlembagaan parti dan Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Menurutnya, Perlembagaan Persekutuan menyatakan Yang di-Pertuan Agong (YDPA) hendaklah melantik perdana menteri yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat itu.

“Persoalan besar yang masih tidak berjawab selain bercanggah dengan sandaran kes yang dinyatakan Asyraf Wajdi yang merujuk kepada kes Datuk Seri Ir Mohammad NizarJamaluddin v Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir (Attorney General, intervener) [2010] 2 MLJ 285. Adalah; i) Siapa yang mempunyai majoriti mengatasi Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk diangkat ke perjawatan Perdana Menteri?; Dan ii) Siapa pula yang Asyraf Wajdi ‘dokong’ untuk diangkat sebagai Perdana Menteri? Anwar Ibrahim? Jangan berselindung, orang Melayu nak tahu!” katanya menerusi kenyataan.

Beliau berkata demikian dengan merujuk sidang media Asyraf semalam yang berkata keabsahaan Tan Sri Muhyiddin Yassin wajar dipersoalkan.

Mohd Ashraf turut mendakwa, Ketua Pemuda UMNO itu menderhaka titah Raja-Raja Melayu kerana lebih memilih perpecahan dan mengugat usaha Perikatan Nasional (PN) sebagai kerajaan untuk mentadbir.

Jelasnya, rakyat muak dengan kemelut politik yang berlaku pada waktu ini apatah lagi apabila negara masih bergelut dengan pandemik.

“Adakah matlamat kelompok ini hanya mahu menjatuhkan kerajaan dengan tanpa rasa tanggungjawab, sanggup membiarkan negara bergelut dengan episod kekalutan seterusnya bagi memilih siapakah Perdana Menteri?

“Berapa lama pula episod kekalutan ini akan berlangsung tanpa mengisi ruang pentadbiran yang melibatkan kepentingan punca eksekutif?

”Rakyat semakin muak dan tersiksa dengan perbuatan utamanya yang dipelopori kluster mahkamah ini!” tambahnya.-MalaysiaGazette.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. JIKA ADA SESIAPA PENGGANTI PM 8 ….BOLEH BAGI JAMINAN COVID 19 YANG MELANDA SELURUH DUNIA….DI NEGARA INI BOLEH SELESAI PETIK JARI DAN SEBELAH MATA…tempoh 100 HARI

    BUAT INGATAN JANJI 100 HARI pun TERKENCING2 NAK TUNAIKAN SEHINGGA 22 BULAN??????

  2. Kah kah sibu jer mroyan mamat ni..siapa Asraf nak sokong, ko meyibuk kenapa? haaa…yg pastinya Din Pagoh tak de majoriti..letak jawatan dan serahkan balik kpd DYMM Agong laaa..ko bukan Agong! Ko ni nampak sangat bodoh!

Comments are closed.