MUDA Melaka state election wasted opportunity #KerajaanGagalLagi #KerajaanGagal2.0 #KabinetGagal2.0 UMNO Ismail Sabri Yaakob new cabinet Syed Saddiq
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

KUALA LUMPUR – Ahi Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman menyifatkan tawaran Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada parti-parti pembangkang untuk membentuk kerajaan bipartisan sebagai langkah bagi mengekalkan jawatan perdana menteri.

“Waktu kuasa sudah hilang, tiba-tiba semua boleh,” katanya dalam ciapan di laman Twitter sebagai reaksi segera terhadap tawaran Perikatan Nasional untuk bekerjasama dengan parti-parti pembangkang menerusi persefahaman rentas parti.

Menurut Syed Saddiq, perutusan khas perdana menteri itu juga membolehkan pelbagai perkara yang sebelum ini sukar untuk dilaksanakan antaranya undi 18, reformasi parlimen dan bipartisan.

“Hakikatnya, Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah hilang sokongan dan kuasa. Buat macam-macam untuk kekalkan jawatan sendiri,” kata pengasas bersama parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) itu.

Semalam mahkamah menolak menolak rayuan pendaftaran Muda sebagai parti politik secara rasmi.

Artikel berkaitan:

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, wakil perundangan kementerian memaklumkan keputusan itu ketika pendengaran semakan kehakiman parti berkenaan.

“Adalah dimaklumkan dengan kuasa yang diperuntukan kepada saya selaku Menteri Dalam Negri di bawah Seksyen 18 Akta Pertubuhan 1966 (Akta 355) permohonan rayuan pendaftaran bagi Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) adalah tidak diluluskan,” kata kenyataan itu.

Bagaimanapun, Naib Presiden Muda, Lim Wei Jiet berkata, pihaknya tidak dimaklumkan mengenai penolakan itu.

“Penaja (Muda) tidak dimaklumkan mengenai perkembangan ini dan atas dasar itu pendengaran telah ditunda ke 18 Ogos 2021, jam 2.30 petang.

“Barisan penaja Muda baru sahaja dimaklumkan melalui kiriman emel dari ROS bahawa menteri dalam negeri bahawa telah menolak rayuan Muda untuk didaftarkan. Tiada sebarang alasan diberikan,” katanya. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. ukur baju dibadan sendiri dan cermin muka sadiq berdegar2….parti sendiri BELUM WUJUD DAN BERDAFTAR….menempel bawah ketiak mahathir masa 22 bulan hanya bertikam lidah utk lantikan ANWARFIKUN pm…..KES KAMU PUN BELUM SELESAI….UNTUK JADI WATAK HERO TAMIL

Comments are closed.