Tandukan kencang Norgaard di gawang the Gunners berjaya menundukkan tuan rumah 2-0 di Emirates yang dipenuhi penyokong berkapasiti penuh aksi pembukaan EPL awal pagi tadi.

LONDON – Arsenal memulakan musim baharu Liga Perdana Inggeris dengan kekalahan 2-0 di tangan Brentford yang kembali beraksi dalam liga utama untuk tempoh 74 tahun.

Malah the Gunners diejek penyokong sendiri selepas mempamerkan aksi hambar pada perlawanan awal pagi tadi, lapor BBC Sport.

Gol pertama the Bees hadir pada minit ke-22 menerusi Sergi Canos.

Mikel Arteta dikecam berikutan kekalahan mengejut kepada the Bees di halaman sendiri dengan penyokong berkapasiti penuh dalam aksi pembukaan EPL awal pagi tadi.Kredit foto: Reuter.

Pada separuh masa kedua, the Bees terus mengasak kubu Arsenal dan usaha itu membuahkan hasil pada minit ke-77 menerusi tandukan Christian Norgaard.

Pada musim ini, Arsenal yang hanya membawa masuk pemain pertahanan, Ben White pada harga £50 juta dilihat masih gagal memperkukuhkan jentera pertahanan pasukan itu.

Malah penyokong Arsenal yang mula mengkritik aksi hambar Arsenal dan mengecam kelab itu di laman media sosial sehingga ada yang mahu pengurus Mikel Arteta dipecat serta merta. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast