Dua hari berturut-turut kes positif meningkat melebihi angka 4,000 kes sehari.

KUALA LUMPUR – Daripada 20,546 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 373 kes (1.8 peratus) adalah daripada kategori 3, 4
dan 5.

Manakala sebanyak 20,173 kes (98.2 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, penilaian ini berdasarkan keadaan klinikal kes semasa baharu didiagnosa Covid-19.

Ada di antara kes kekal di kategori yang sama sepanjang tempoh jangkitan, namun ada juga yang berubah status kesihatan kes sama ada bertambah baik ke kategori lebih rendah atau merosot ke kategori lebih tinggi.

Secara keseluruhan, 17,802 kes (86.64 peratus) daripada jumlah kes yang dilaporkan pada hari ini tiada atau tidak lengkap vaksinasi.

Dalam satu kenyataan di sini, beliau menambah, setakat jam 12 tengah hari tadi, jumlah kes sembuh : 16,945 kes (1,145,128 kes kumulatif, 81.5%) manakala kes baharu pula 20,546 kes (1,404,899 kes kumulatif).

Kes import membabitkan 14 kes (1 warganegara, 13 bukan warganegara) dan kes tempatan 20,532 kes [17,273 warganegara (84.1%); 3,259 bukan warganegara (15.9%).

Jumlah kes aktif 247,261 dengan 1,059 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), 526 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Kes kematian pula sebanyak 282 melibatkan 214 warganegara, 68 bukan warganegara.

Sebanyak 282 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 108 kes di Selangor, 45 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 44 kes di Johor, 24 kes di Pulau Pinang, 15 kes di Kedah, 13 kes di Perak, sembilankes di Sabah, masing-masing enam kes di Sarawak dan Melaka, lima kes di Negeri Sembilan, empat kes di Pahang, dan tiga kes di Kelantan.

Daripada jumlah itu, 101 kes kematian di luar hospital (BID) dengan 46 kes warganegara dan 55 bukan warganegara.

Jumlah kluster pula sebanyak 4,183 dengan tambahan 29 kluster lagi dan kluster aktif berjumlah 1,317. – MalaysiaGazette