Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein hadir ke Mesyuarat Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 17 OGOS 2021.

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang berlangsung di Menara Dato Onn di sini sejak pukul 9 malam tadi telah berakhir.

Ketika ini, ahli Parlimen UMNO, MCA dan MIC pula menghadiri mesyuarat Barisan Nasional (BN).

Beberapa Ahli MT UMNO yang bukan ahli Parlimen dilihat telah beredar.

Terdahulu, kelibat beberapa ahli Parlimen UMNO dan BN dilihat di Menara Dato’ Onn sejak pukul 8 malam bagi menghadiri mesyuarat berkenaan.

Antaranya Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah; Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin; Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan Ahli Parlimen Tapah, Datuk Seri M. Saravanan.

Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin hadir ke Mesyuarat Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 17 OGOS 2021.

Selain itu, turut kelihatan ialah Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa dan bekas Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak.

Ahli Parlimen Tapah, Datuk Seri M. Saravanan hadir ke Mesyuarat Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 17 OGOS 2021.

Difahamkan, semua ahli Parlimen BN dijangka menandatangani surat akuan (SD) sebaik sahaja kata putus dibuat malam ini.

Ahli Parlimen Tanjung Piai,Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng hadir ke Mesyuarat Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 17 OGOS 2021.

Ketika ini petugas media memenuhi pekarangan lobi Menara Dato’ Onn bagi menunggu selesainya mesyuarat Ahli Parlimen BN dan mendapatkan berita perkembangan terbaharu mesyuarat itu. – MalaysiaGazette