Tammy Abraham melengkapkan perpindahan ke AS Roma yang diterajui Jose Mourinho. Foto Kredit: asroma.com

ROM- Penyerang muda Chelsea, Tammy Abraham telah melengkapkan perpindahan ke kelab AS Roma dengan wang berjumlah £34 juta hari ini.

Pemain berusia 23 tahun itu ‘berhijrah’ ke kelab Serie A Itali itu dengan menandatangani kontrak selama lima tahun dan akan kekal sehingga Jun 2026.

Abraham yang merupakan penjaring terbanyak di Stamford Bridge musim lalu dibeli oleh bekas pengurus the Blues, Jose Mourinho.

Difahamkan pemain England itu diikat dengan klausa membeli semula bernilai £68 juta.

“Roma adalah kelab yang berhak bersaing untuk gelaran liga dan Roma segera menyatakan minat untuk mendapatkan khidmat saya.

“Saya berbangga menyertai kelab ini dan akan menyarung jersi nombor sembilan dan mahu merebut dan menang gelaran lebih banyak di bawah bimbingan Mourinho,” katanya.

Abraham yang sebelum ini dipinjamkan ke Bristol City, Swansea City dan Aston Villa menjalani ujian perubatan pada Ahad lalu.-BBC Sport.com

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast