Najib Razak

KUALA LUMPUR – Prosiding rasuah dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang bermula lewat hari ini bersambung dengan saksi pendakwaan ke-10 menyambung keterangannya di Mahkamah Tinggi di sini.

Ketika diasak oleh peguam yang mengetuai pasukan pembelaan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, saksi, Mohd Hazem Abd Rahman berkali-kali mengatakan tidak setuju dengan tuduhan dilemparkan kepadanya.

Dakwa Muhammad Shafee, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Berhad (1MDB) bersama yang lain telah melakukan jenayah penggubahan wang haram namun Najib yang menjadi mangsa.

Peguambela Datuk Seri Najib Tun Razak, Tan Sri Shafee Abdullah

Shafee: Anda juga antara yang melakukan jenayah pengubahan wang haram. Anda tahu sebenarnya anak guam saya tidak seharusnya berada di sini .

Anda dan yang lain telah  memindahkan dana daripada Malaysia ke dalam entiti luar yang tidak diiktiraf serta menyembunyikan hasil aktiviti haram.

Mohd Hazem: Tidak setuju.

Mohd Hazem turut menafikan dakwaan peguam bela, Tania Scivetti bahawa  mengambil arahan daripada ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low.

Tania: Adakah anda gunakan kedudukan anda dalam 1MDB dan melaksanakan arahan Jho Low dengan menyuruh peguam 1MDB, Jasminie Loo sediakan resolusi?

Mohd Hazem: Tidak.

Tania: Adakah anda gunakan kedudukan anda untuk pastikan semua Ahli Lembaga Pengarah tandatangan resolusi yang sebenarnya menjejaskan 1MDB dan pemegang saham?

Mohd Hazem: Tidak, tidak setuju.

Tania: Adakah anda gunakan kedudukan anda yang sebenarnya menguntungkan Jho Low seperti menandatangani resolusi?

Mohd Hazem: Tidak setuju.

Witness of 1Malaysia Development Berhad (1MDB) trial, former Chief Executive Officer (CEO) of 1MDB, Mohd Hazem Abdul Rahman arrives at the Kuala Lumpur Courts Complex for the 1MDB trial involving former Prime Minister Datuk Seri Najib Razak. PIX: ISKANDAR HAMIDI / MalaysiaGazette / 8 SEPTEMBER 2020. Jho Low Taek Jho appoints CEO
Mohd Hazem Abdul Rahman.

Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan berdepan empat pertuduhan iaitu menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.

Pagi tadi Hakim Mahkamah Tinggi, Collin Lawrence Sequerah membenarkan permohonan Najib untuk menangguhkan prosiding dan menyambungnya pada jam 2.45 petang bagi membolehkan Najib selaku Penasihat Barisan Nasional (BN) menghadiri mesyuarat berkaitan pemilihan calon Perdana Menteri ke-9 selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan pada Isnin lepas.

Prosiding bersambung esok. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Semus bentuk pendakwaan terpilih melibatkan ahli politik UMNO perlu dipertimbang untuk ditarik balik kerana berinsur fitnah dan tekanan politik. Yang melakukan fitnah perlu di heret ke mahlamah. Ini semua tentunya ada yang tak kena. TUANKU YDPA berikanlah keadilan kepada yang teranianya.

Comments are closed.