Anggota Tentera Malaysia (ATM) memasang dawai kawat duri di sekitar kawasan perumahan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan akibat penularan virus Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pangsapuri Damai , Petaling Jaya, Selangor. Foto HAFIZ SOHAIMI, 17 JULAI 2021.

KUALA LUMPUR – Lima lokaliti di Sabah dan Johor dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula Jumaat hingga 2 September ini.

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md Saad berkata, ia membabitkan Ladang Sungai Kahang, Kluang, Johor.

Menurut beliau, lokaliti lain adalah di Sabah melibatkan Kampung Tanjong Pagar, Sipitang; Setinggan Kampung Baru Luyang, Penampang; Kampung Padang Tembak, Keningau serta Kampung Jawa, Tawau.

“Selepas meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai penilaian risiko dan trend jangkitan Covid-19, PKPD akan dilaksanakan di lokaliti berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, lokaliti lain adalah Taman Puteri, Kluang Johor; Kampung Kuala Mengalong, Sipitang, Sabah; dua kawasan di Kunak Sabah iaitu Perumahan Ladang Moslyn dan Kampung Kasnuri; serta dua kawasan di Kota Kinabalu iaitu di Kampung Tanjung Aru Lama dan University Apartment.

Selain itu, Kampung Bukit Merbau, Mukim Bukit Jawa, daerah Pasir Putih; Kampung Baru Pupoh, Pasir Putih dan Kampung Wek Batu 23, Labok, Machang, semuanya di Kelantan. – MalaysiaGazette