CAROLINA – Sekurang-kurangnya dua orang disahkan terkorban manakala 20 lagi dilaporkan hilang dalam kejadian banjir di North Carolina, Amerika Syarikat yang berpunca daripada ribut tropika Fred.
Gabenor Roy Cooper mengisytiharkan darurat susulan bencana yang berlaku itu.
Menurut Perkhidmatan Kecemasan Haywood County, banjir bermula pada Selasa mengakibatkan pengangkutan darat terputus selepas 10 buah jambatan dimusnahkan arus deras.
Kerja-kerja mencari dan menyelamat berjaya memindahkan lebih 100 mangsa yang terperangkap ke tempat yang selamat.
Ketika melalui New York dan New England kekuatan ribut tropikal Fred dilaporkan beransur berkurang walaupun menyebabkan hujan lebat,
Belum pun reda, bahagian timur laut Amerika Syarikat kini diancam ribut tropika Henri yang dijangka melanda minggu depan. – ABC