Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah awarded the appointment letter of the 9th Prime Minister of Malaysia to the Vice-President of UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob during the Swearing-In Ceremony at Istana Negara, Kuala Lumpur. PIX: Department of Information / 21 August 2021 Motion of Confidence PM
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah awarded the appointment letter of the 9th Prime Minister of Malaysia to the Vice-President of UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob during the Swearing-In Ceremony at Istana Negara, Kuala Lumpur. PIX: Department of Information / 21 August 2021 . Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan surat cara pelantikan Perdana Menteri ke 9 kepada Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia di Istana Negara, Kuala Lumpur. foto JABATAN PENERANGAN MALAYSIA, 21 OGOS 2021.

KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia bertuah kerana pertukaran Perdana Menteri tidak membabitkan rusuhan atau pertumpahan darah sebagai mana berlaku di negara lain.

Ketua Dewan Pemuda Ikatan Malaysia (DPIM), Shahir Adnan berkata, ini menunjukkan Malaysia masih lagi sebuah negara yang aman dan demokratik.

“Negara kita bukan seperti Afghanistan di mana kerajaan jatuh melalui senjata. Ini menunjukkan kematangan politik rakyat negara ini.

“Rakyat Malaysia perlu bersyukur dan tidak terpengaruh dengan dakyah politik pembangkang…. pertukaran kerajaan kali ini diharapkan menstabilkan suhu politik negara hingga mandat dikembalikan pada PRU-15 nanti,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Shahir berkata, pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri yang baharu diharap dapat menyatukan semua pihak dalam melawan pandemik Covid-19 dan membawa negara keluar dari kegawatan ekonomi.

Katanya, rakyat termasuk petugas barisan hadapan kini sudah penat serta keletihan dan dengan kuasa yang ada sekarang diharap dapat menutup pintu depan dan pintu belakang agar kes harian Covid-19 dan kluster tempat kerja dapat diturunkan.

Dalam pada itu Shahir berkata, tohmahan sesetengah pihak bahawa kerajaan baharu yang terbina bukan kerajaan pilihan rakyat dan tidak demokratik adalah satu perkara yang menyimpang jauh.

Katanya, harus diingat bahawa kerajaan Pakatan Harapan yang runtuh adalah disebabkan wakil rakyat mereka sendiri yang melompat parti.

“Ramai juga wakil rakyat UMNO yang melompat ke Pakatan Harapan sewaktu mereka memegang kuasa.

“Kehadiran kerajaan Perikatan Nasional 1.0 dan 2.0 adalah untuk menstabilkan senario politik pada waktu pandemik, melalui rundingan kuasa dalam menentukan siapa Perdana Menteri, yang berasaskan majoriti Ahli-Ahli Dewan Rakyat yang dipilih oleh rakyat…maka, kerajaan ini adalah sebuah kerajaan yang demokratik,” ujarnya. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast