Jules Kounde kini dalam radar Chelsea musim ini.Foto Kredit:AP.

LONDON – Chelsea memulakan semula rundingan dengan Sevilla untuk mendapatkan pemain muda bek pertahanannya, Jules Kounde.

Thomas Tuchel mahu menguatkan jentera pertahanan dengan menambah edisi baharu pemain menerusi bintang Perancis bernilai £68 juta itu.

Bintang pertahanan Davide Zappacosta telah dipinjamkan kepada Atalanta dengan opsyen pembelian tetap £8 juta.

Sementara penyerangnya Ike Ugbo menyertai Genk dengan yuran perpindahan £5 juta.

Kounde kini bersama Sevilla pernah dikaitkan dengan Manchester United namun kelab Old Trafford tidak serius mempertimbangkan khidmat pemain itu dengan pembelian Raphael Varane dari Real Madrid.

Chelsea mempertimbangkan cadangan untuk membawa masuk pemain itu ke Stamford Bridge menjelang Januari 2022.-Dailymail.com