Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

KUALA LUMPUR – Jumlah kes harian Covid-19 sebanyak 20,837 kes baharu menjadikan jumlah jangkitan adalah 1,593,602 setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Sabah hari ini dikesan menerima lonjakan kes positif sebanyak 3,376 berbanding 2,474 semalam.

Jumlah terkumpul sebanyak 1,593,602 kes. Pecahan negeri ialah Selangor (4,645); Kuala Lumpur (1,284); Sabah (3,376); Johor (1,743); Sarawak (1,543); Negeri Sembilan (351) danĀ  Kedah (1,772).

Kelantan (1,422); Perak (1,242); Melaka (396); Pahang (521); Terengganu (383); Labuan (4) dan Putrajaya sebanyak 27 kes.

Selain Sabah, kes Pulau Pinang turut sama melonjak dengan kenaikan sebanyak 603 dengan 2,054 kes berbanding semalam sebanyak 1,451.

Negeri Perlis juga menunjukkan kenaikan sebanyak 17 kes pada 74 kes berbanding 57 kes semalam. – MalaysiaGazette